Politics

3 Perdana Menteri, 39 Ahli Parlimen lompat parti sejak PRU-14

KUALA LUMPUR: Sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu, negara berhadapan isu pergolakan politik sehingga berlaku pertukaran penyandang jawatan Perdana Menteri sebanyak tiga kali dan bilangan Ahli Parlimen yang melompat parti mencecah sehingga 39 orang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Dato’ Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata ini merupakan suatu isyarat yang jelas menunjukkan bahawa amalan demokrasi negara kini adalah tidak sihat dan berada pada tahap membimbangkan.

Advertisement

Katanya, umumnya tindakan bertukar parti menyebabkan rakyat hilang kepercayaan terhadap Ahli Dewan Rakyat yang dipilih melalui pilihan raya.

“Sikap dan tindakan bertukar parti secara langsung membuatkan rakyat menilai kesetiaan ahli Dewan Rakyat terhadap parti yang diwakili dan pada masa yang sama memberi kesan terhadap amalan demokrasi di negara ini,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 di Mesyuarat Khas Dewan Rakyat, hari ini.

Dr Wan Junaidi berkata, usaha menambah baik sistem pentadbiran negara melalui pelbagai inisiatif transformasi pentadbiran secara kerjasama dwi-partisan Kerajaan dan Pakatan Harapan telah diterjemahkan melalui Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik pada 13 September 2021.

Kataya, ini termasuk Perkara 2.1 mengenai keperluan membentangkan dan meluluskan Rang Undang-Undang Antilompat Parti di Parlimen.

“Bagi menjayakan komitmen yang ditetapkan, kerajaan melalui Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) dan Jabatan Peguam Negara (AGC) telah mengadakan sesi libat urus yang komprehensif bersama pihak berkepentingan seawal 23 November 2021 hingga 7 April 2022.

“Hasil kerjasama BHEUU JPM dan Jabatan Peguam Negara, sebanyak 12 sesi libat urus telah diadakan sepanjang tempoh itu,” katanya. – HARAKAHDAILY 11/4/22



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close