Politics

Akur desakan rakyat, PM Sri Lanka letak jawatan

COLOMBO: Perdana Menteri Sri Lanka, Mahinda Rajapaksa meletak jawatan hari ini selepas puluhan penunjuk perasaan merusuh dengan kumpulan penyokongnya.

Sri Lanka berdepan krisis ekonomi terburuk menyaksikan negara ini mengalami kekurangan bekalan makanan, bahan api dan hutang luar negara yang tinggi.

Jurucakap Rajapaksa, Rohan Weliwita berkata, pemimpin berusia 76 tahun itu menyerahkan surat peletakan jawatan kepada adiknya, Presisen Gotabaya Rajapaksa.

Jelas Rohan, keputusan itu dibuat bagi memberi jalan kepada ‘pembentukan kerajaan perpaduan baharu’.

“Saya meletak jawatan serta-merta supaya pembentukan kerajaan perpaduan baharu boleh dibentuk segera.

“Diharap keputusan ini boleh meredakan situasi yang berlaku,” kata Rohan yang memetik kenyataan Rajapaksa. – AFP




Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close