Politics

Ayah MB Kedah jalani pembedahan jantung

Oleh SARINA ISMAIL

ALOR SETAR: Md Nor Taib, 81, ayah kepada Menteri Besar Kedah , Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor, menjalani pembedahan pintasan jantung di Hospital Pulau Pinang, hari ini.

Justeru itu semua ahli keluarga termasuk isteri dan 13 anaknya bersama-sama hadir ke hospital untuk memberi sokongan serta mendoakan agar pembedahannya selamat.

Advertisement

“Semoga ayah saya selamat menjalani pembedahan dan ini bagi saya merupakan ujian besar dalam hidupnya,” ujar Sanusi dipautan media sosialnya, hari ini.

Md Nor menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar pada 5 April lalu apabila kondisinya tidak stabil selain letih dan hilang selera makan.

Beliau dikejarkan ke HSB kira-kira jam 3.00 pagi dan terus dimasukkan ke zon merah untuk pemeriksaan lanjut.

“Ini kali kedua ayah saya ditahan di hospital. Kali pertama dahulu pada tahun 1985 kerana tangannya bengkak akibat dipatuk ular kapak di jari ketika mengerat padi di bendang.

Menurut beliau lagi, ayahnya dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang pada 9 April lalu untuk menjalani pembedahan.

Sanusi mengucapkan terima kasih kepada pakar-pakar perubatan dan pembantu dalam pelbagai disiplin serta jabatan diketuai Abu Yamin Khamis yang terlibat dalam prosedur pembedahan ayahnya pagi ini.

“Mohon sahabat semua doakan agar ayah saya selamat dan sembuh seperti sediakala,” tambah beliau.

Dalam masa yang sama, beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada kakitangan HSB Alor Setar khususnya di Wad Pemulihan Jantung (CRW) atas layanan terhadap ayahnya ketika menerima rawatan di situ. – HARAKAHDAILY 12/4/2022



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close