Politics

Berita gembira buat penyokong Harimau Malaya

PETALING JAYA: Skuad Harimau Malaya tidak perlu memikirkan jumlah jaringan, sebaliknya hanya perlu menang ke atas Bangladesh malam ini untuk layak ke Piala Asia.

Ini selepas Palestin menewaskan Filipina 4-0 pada di Ulaanbaatar, Mongolia sebentar tadi, sekali gus membuka peluang kepada Malaysia untuk merebut slot ke Piala Asia tahun depan.

Jaringan Saleh Chihadeh pada minit ke-31 dan gol Tamer Seyam (minit-42), Mohammed Yameen (minit-55) serta Mahmoud Abu Warda (minit-72) melengkapkan kemenangan besar Palestin.

Kemenangan itu juga memastikan Palestin layak ke Piala Asia 2023 selaku juara Kumpulan B manakala, Filipina kekal di tangga kedua dengan empat mata.

Bagaimanapun, mereka boleh jatuh ke tangga ketiga jika Yaman berjaya mengalahkan Mongolia dengan jaringan besar dalam satu lagi perlawanan yang akan berlangsung petang ini.

Sekiranya kekal di kedudukan kedua sekali pun, Filipina masih perlu menunggu keputusan dari kumpulan lain bagi melihat sama ada mereka boleh berada dalam senarai lima pasukan naib juara kumpulan terbaik atau tidak.

Walaupun peluang semakin terbuka luas buat Malaysia, anak-anak buah Kim Pan Gon perlu memastikan kemenangan ke atas Bangladesh di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.-UTUSAN ONLINE




Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close