Politics

Bijak urus kewangan dengan CIMB Clicks, peluang menang hadiah lebih RM300,000

PENGENDALIAN dan pengurusan kewangan asas bukan sesuatu perkara mudah. Ianya memerlukan komitmen seperti penyimpanan, pembayaran serta pelbagai urusan lain.

Tanpa pengurusan berhemah, pasti masalah kewangan dan risiko dibebani hutang boleh berlaku.

Namun, perkara ini boleh diatasi dengan mudah jika individu tersebut bijak mengendali dan merancang kewangan dengan baik seperti menggunakan platform perbankan digital CIMB.

Kini, CIMB Clicks membolehkan rakyat Malaysia mengurus kewangan harian dengan lebih pantas dan cekap.

Aplikasi mudah alih CIMB Clicks dilengkapi dengan pelbagai ciri menarik termasuk penjejakan perbelanjaan dan penabungan secara konsisten melalui fungsi ‘Insights’.

Aplikasi CIMB Clicks, bantu urusan kewangan

ImagePerkhidmatan pintar Insights kini terdapat di Laman Utama Baru dalam aplikasi mudah alih CIMB Clicks – FOTO CIMB

“Insights” dalam aplikasi CIMB Clicks kini telah menambah baik pelbagai ciri baharu untuk kemudahan pelanggan selain membantu mengurus keperluan harian mereka melalui mod perbualan.

Antara ciri baharu dalam Insights termasuk ‘Spend Analyser’ yang membolehkan pelanggan menjejakan perbelanjaan dengan lebih baik dan lebih bijak melalui analisis pembayaran bulanan daripada kad kredit, kad prabayar, kad debit dan akaun simpanan atau semasa CIMB.

Bagi membantu pelanggan menguruskan kewangan dengan lebih baik, ciri ‘Balance Forecast’ direka khas buat pelanggan untuk ramalan baki semasa, akaun simpanan dan lain-lain berdasarkan sejarah pendapatan dan perbelanjaan bulanan berulang mereka.

Selain itu, Insights turut dilengkapi dengan ciri ‘Credit Limit Alert’ untuk mengingatkan pelanggan apabila had kad kredit pilihan menghampiri had ambang.

Sebagai contoh, apabila had kredit sudah mencapai 80 peratus, notifikasi peringatan akan diberikan melalui aplikasi tersebut.

Ini sekaligus membantu pelanggan mengawal perbelanjaan mereka dan mengelakkan isu transaksi ditolak.

Untuk membantu pelanggan mengelak ketinggalan membayar bil penyata bulanan, CIMB Clicks akan menghantar ‘Payment Reminder’ sebagai peringatan kepada pengguna supaya tidak terlupa membayar bil, JomPAY, kad kredit CIMB dan pembayaran pinjaman CIMB.

Ciri pintar ini akan meramal dan mengingatkan pelanggan tentang pembayaran yang akan datang melalui analisis sejarah pembayaran pengguna.

Bukan itu sahaja, lebih menarik apabila pengguna dapat menabung secara konsisten sebaik matlamat dibuat dengan fungsi ‘Goals and Savings’.

Fungsi ini boleh membantu pengguna untuk memastikan mereka kekal di landasan mencapai matlamat kewangan masing-masing.

Pengguna-pengguna aplikasi CIMB Clicks boleh menetap matlamat tabungan di ‘My Goals’ dalam ‘My Accounts’.

Hadiah melebihi RM300,000 untuk dimenangi!

Image

Sempena menghargai pelanggan setia, CIMB akan melancarkan kempen ‘#TapTapMenang Raya’ dengan peluang untuk memenangi jumlah hadiah bernilai lebih dari RM300,000, seperti iPhone 13, baucar Shopee bernilai RM2,000 dan ‘TnG eWallet Reload Pin’ bernilai RM100!

Pengguna hanya perlu melakukan transaksi tertentu menggunakan JomPAY, Top Up atau DuitNow QR menerusi aplikasi mudah alih CIMB Clicks ataupun membeli belah dalam talian menggunakan FPX melalui CIMB Clicks.

Kunjungi website CIMB Clicks sini untuk sebarang maklumat, terma dan syarat mengenai kempen.

Untuk pengurusan kewangan yang lebih efisyen, muat turun aplikasi mudah alih CIMB Clicks dari App Store,  Google Play Store atau HUAWEI AppGallery hari ini!

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close