Politics

Dua maut tercampak

ISKANDAR PUTERI: Seorang lelaki dan remaja perempuan maut apabila kereta dinaiki mereka hilang kawalan dan terbabas berhampiran Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa Lee Kah Lok, 19, dan Ng Kui Yang, 15, tercampak dari kereta jenis Honda Civic.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd. Khairi Zainuddin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan tentang kejadian itu pada pukul 12.23 tengah malam.

Seramai lapan anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Ishak Noh dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi kejadian, anggota bomba mendapati remaja perempuan itu ditemukan bersebelahan kereta, manakala mangsa lelaki itu yang merupakan pemandu didapati tersepit di bawah kereta berkenaan.

“Siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari arah Gelang Patah ke Skudai,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Khairy berkata, ketika kejadian berlaku, kereta tersebut dipercayai berpusing lalu masuk ke laluan bertentangan, namun tidak membabitkan kenderaan lain.

Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan yang hadir di lokasi kejadian.

Mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut dan operasi tamat pukul 1.37 pagi. – UTUSAN




Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.