Politics

FRU Unit 5 bantu mangsa ribut, puting beliung

IPOH: Prihatin dengan nasib mangsa ribut dan puting beliung di beberapa kawasan di sini, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Unit 5 Ipoh di Sungai Senam tampil menghulurkan bantuan bagi membersihkan kawasan rumah yang terjejas.

Pegawai Pemerintah FRU Unit 5 Ipoh, Superintenden Nor Azizan Yusof berkata, kerja-kerja pembersihan yang bermula sejak semalam itu disertai lebih 100 pegawai dan anggota.

Katanya, kira-kira 20 buah rumah di Kampung Tawas dan Taman Tasek Damai yang terjejas akibat bencana berkenaan dibersihkan secara gotong-royong.

“Semalam, 56 anggota termasuk tiga pegawai telah digerakkan melakukan operasi pembersihan di lokasi terjejas ribut di Kampung Tawas.

“Kerja-kerja pembersihan disambung hari ini dengan menurunkan 51 orang lagi anggota ke lokasi ribut di Taman Tasek Damai,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Nor Azizan, bantuan kerja-kerja pembersihan bagi meringankan beban mangsa yang ditimpa bencana itu akan diteruskan sehingga selesai.

“Ini merupakan khidmat sosial kami kepada masyarakat di mana kita cuba buat terbaik untuk membantu terutama golongan warga emas dan orang kurang upaya (OKU) membersihkan rumah dan kawasan sekitar yang terjejas,” katanya. – UTUSAN ONLINE




Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close