Politics

Gajah liar mati, tidak sempat dipindahkan

am@hmetro.com.my

Besut: Gajah liar yang ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Kampung Padang Tapong, Jertih Sabtu lalu disahkan mati pada 2.30 petang semalam.

Pengarah Perhilitan Terengganu Loo Kean Seong berkata, mengikut perancangan asal gajah itu akan dipindahkan dengan bantuan gajah denak yang dibawa dari Pusat Konservasi Gajah Sungai Deka, Hulu Terengganu, pada pagi esok.

“Kami masih menunggu laporan bedah siasat yang dilakukan pagi tadi untuk mengetahui punca sebenar kematian gajah berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sabtu lalu, gajah itu ditangkap Perhilitan selepas menerima aduan orang awam berhubung gajah liar yang dilihat berkeliaran di sekitar kampung berkenaan sebelum ini.

Gajah jantan dianggarkan berusia 15 tahun dengan berat kira-kira dua tan itu dipercayai datang dari Hutan Simpan Pelagat yang terletak berdekatan kampung itu dan ditangkap pada 2.15 petang.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close