Politics

Jangan letak pembelian bersyarat  – KPDNHEP

BALING: Peniaga diingatkan agar tidak meletakkan pembelian bersyarat ke atas barangan kawalan yang ingin dibeli pengguna.

Pengarah PenguatKuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Ahmad berkata, pihaknya menerima aduan mengenai pembelian bersyarat itu terhadap barangan kawalan seperti minyak masak, tepung dan gula.

“Contoh, sekiranya pengguna ingin membeli barangan kawalan, peniaga meminta pengguna membeli barangan lain terlebih dahulu, baru dapat barangan kawalan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar Program Pemeriksaan dan Pemantauan Premis di Kawasan Luar Bandar di Kampung Lalang, Mukim Siong di sini hari ini.

Beliau memberitahu, pihaknya akan terus melakukan penguatkuasaan dan pemeriksaan di seluruh  negara melibatkan kawasan bandar dan luar bandar.

Menurutnya, sekiranya terdapat kes tersebut, orang ramai diminta segera membuat aduan pada KPDNHEP serta dengan maklumat yang lengkap untuk tindakan lanjut.

Pada tahun ini, menurutnya,  beberapa laporan kes tersebut telah direkodkan di Kelantan dan tindakan undang-undang telah diambil ke atas premis tersebut.

“Ini merupakan satu kesalahan ketidakpatuhan di bawah Akta 342 dan boleh dikenakan tindakan ke atas pemilik premis sehingga boleh menyebabkan premis terbabit terpaksa ditutup.”  katanya

Katanya lagi, pada tahun ini, sehingga 31 Januari 2022, sebanyak 87,087 pemeriksaan telah direkodkan di seluruh negara.

Tambahnya, daripada jumlah tersebut, sebanyak 14,043 premis adalah di kawasan luar bandar.

“Pemeriksaan ini juga turut memfokuskan kepada pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Bahau Cina 2022 yang berkuat kuasa pada 29 Januari 2022 sehingga  4 Februari 2022. -UTUSAN ONLINE

 




Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close