Politics

Kedah Eagles halang Labuan Drillers daripada terus ‘menggerudi’

KUALA LUMPUR: Kedah Eagles menyekat percubaan Labuan Drillers untuk terus lakar kejutan apabila mencatat kemenangan straight-set dalam aksi Divisyen 1, Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022 di Stadium Titiwangsa dekat sini, sebentar tadi.

Labuan yang perlu beraksi dua perlawanan hari ini, gagal meneruskan rentak kemenangan apabila terpaksa akur di tangan Kedah yang melakar kemenangan sengit 23-21 di set pertama.

Pertarungan yang bersambung dalam set kedua terus memihak kepada Kedah apabila mereka mempamerkan persembahan konsisten untuk menang 21-9.

Kedah kini menghuni tangga kedua Kumpulan B di belakang Terengganu Turtles dengan  dua mata hasil satu kemenangan, manakala Labuan berada di tempat ketiga juga dengan dua mata selepas mengejutkan Pahang Mammoth pada aksi petang tadi. – UTUSAN ONLINE




Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close