Politics

Lelaki maut motosikal bergesel – Utusan Digital

PETALING JAYA: Seorang maut manakala seorang lagi parah selepas motosikal dinaiki mereka bergesel di Kilometer (KM) 0.4 Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (Duke) di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 11.20 pagi itu membabitkan penunggang motosikal Yamaha LC135 dan Honda RS150.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kemalangan berlaku apabila penunggang motosikal Yamaha LC135 menunggang motosikal dari arah Jalan Kuching bergerak terus menghala ke Plaza Tol Sentul.

Kata beliau, tiba di susur masuk ke lorong motosikal, kenderaan tersebut bergesel dengan sebuah Honda RS150 yang sedang bergerak terus di laluan yang sama.

“Akibat kemalangan, penunggang motosikal Yamaha LC135 parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Penunggang Honda RS150 pula mengalami kecederaan di bahagian kaki dan kepala serta dihantar ke Unit Kecemasan HKL untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau pun maklumat diminta menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran,”jelasnya.




Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close