Politics

Malayan Tigress bukan lawan Australia

PETALING JAYA: Skuad bola sepak wanita negara menutup aksi terakhir Kumpulan A Kejuaraan Wanita Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) dengan kekalahan 0-6 kepada Australia di Stadium City of Imus Grandstand di Manila, Filipina sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan skuad kendalian Jacob Joseph menamatkan saingan tanpa sebarang kemenangan dan terpaksa berpuas hati dengan dua keputusan seri ketika menentang Singapura dan Indonesia.

Pada perlawanan itu, Mackenzie Hawkesby meledak hatrik manakala Chelsea Dawber menyumbat dua gol dan satu lagi jaringan dihadiahkan Jamilla Rankin buat Australia.

Terdahulu, Australia nyata berada di kelas berbeza apabila menamatkan babak pertama dengan kedudukan selesa 3-0 hasil jaringan Dawber pada minit ke-13 dan minit ke-23 serta satu gol daripada Hawkesby, minit ke-19.

Bersambung babak kedua, Hawkesby melengkapkan hatrik dalam tempoh dua minit pada minit ke-65 dan ke-67 sebelum Rankin melengkapkan jaringan keenam Australia pada minit ke-81.

Kekalahan itu menyaksikan skuad Malayan Tigress berada di tangga kelima Kumpulan A dengan dua mata, manakala Indonesia tercorot sekadar meraih satu mata.

Thailand dan tuan rumah, Filipina pula erjaya mengesahkan dua slot daripada Kumpulan A ke peringkat suku akhir.-UTUSAN ONLINE

 




Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.