Politics

Malaysia beri tentangan hebat sebelum tumbang

PETALING JAYA : Malaysia memberi tentangan sengit kepada Denmark sebelum tumpas 2-3 dalam aksi pembukaan Kumpulan C, kejohanan badminton Piala Uber di Impact Arena di Bangkok, Thailand sebentar tadi.

Kekalahan itu meletakkan laluan pasukan untuk melangkah ke suku akhir kini penuh berduri kerana perlu mengalahkan tuan rumah, Thailand esok.

Turun sebagai perseorangan pertama, S. Kisona terpaksa akur dengan kehebatan pemain No. 14 dunia, Mia Blichfeldt apabila tewas 14-21, 16-21 dalam pertarungan selama 35 minit.

Gandingan Pearly Tan-M. Thinaah bagaimanapun menghidupkan peluang skuad wanita negara dengan menyamakan kedudukan 1-1 selepas menumpaskan Maiken Fruergaard- Sara Thygesen 21-19, 21-19 dalam masa 42 minit.

AKSI S. Kisona ketika menentang Mia Blichfeldt. – AFP

Juara remaja dunia dua kali, Goh Jin Wei yang turun selaku perseorangan kedua cemerlang meletakkan Malaysia mendahului 2-1 apabila  menewaskan Line Christophersen dalam pertarungan tiga set 21-12, 11-21, 21-5 juga .

Beregu Teoh Mei Xing-Anna Cheong bagaimanapun gagal meneruskan rentak kemenangan Malaysia apabila tumpas 14-21, 10-21 kepada Alexandra Boje-Amalie Magelund untuk kedudukan terikat 2-2.

Harapan menggunung yang diletakkan Malaysia kepada terhadap Myisha Khairul selaku perseorangan ketiga negara untuk mengutip mata kemenangan bagaimanapun gagal diterjemahkan pemain muda negara itu.

GOH Jin Wei membalas pukulan pemain Denmark, Line Christophersen. – AFP

Myisha tewas 12-21, 9-21 dalam masa 32 minit kepada Line Hojmark Kjaersfeldt sekali gus menjadikan kedudukan 3-2 untuk kemenangan pertama Denmark.

Malaysia akan kembali ke gelanggang untuk memenang pasukan tuan rumah, Thailand esok sebelum bertemu Mesir dalam perlawanan terakhir, Selasa ini. – UTUSAN ONLINE




Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close