Politics

Menteri luar UAE, Rusia bincang di Moscow tingkat perkongsian strategik dua hala

Menteri Luar UAE, Sheikh Abdullah bin Zayed Al Nahyan (depan) mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Rusia, Sergey Lavrov di Moscow pada 17 Mac 2022. ( FOTO WAM)

MOSCOW: Menteri Luar Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Abdullah bin Zayed Al Nahyan, dan  rakan sejawatannya dari Rusia, Sergey Lavrov bertemu di Moscow pada Khamis (17 Mac) membincangkan tentang kerjasama antara kedua-dua negara.

Pada pertemuan itu, kedua-dua menteri berkenaan memperincikan cara untuk meningkatkan perkongsian strategik dua hala kedua-dua negara  dalam pelbagai bidang.

Advertisement

“Sheikh Abdullah dan Lavrov bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan dan cabaran utama berkaitan keselamatan dan kestabilan di Timur Tengah dan Afrika,” ujar satu kenyataan..

Kedua-dua pegawai itu juga membincangkan perkembangan serantau dan antarabangsa, isu-isu yang menimbulkan  kebimbangan bersama, dan usaha untuk mencapai penyelesaian damai kepada konflik Ukraine.

“Mereka juga  turut membincangkan tentang kestabilan pasaran tenaga dan komoditi global, termasuk bekalan bijirin global.

“Sheikh Abdullah juga  menekankan keperluan untuk mencapai penyelesaian aman antara Rusia dan Ukraine.

“Beliau telah menggariskan kepentingan mengekalkan keamanan, keselamatan dan kestabilan serantau dan antarabangsa yang mampan dan menyatakan UAE komited kepada diplomasi konstruktif yang bertujuan untuk keamanan global,” tambah kenyataan itu..

Sheikh Abdullah juga menyatakan kebimbangan mendalam UAE terhadap kesan kemanusiaan konflik itu terhadap orang awam. 

Beliau menangani mekanisme  untuk mengurangkan penderitaan orang awam dan menekankan kepentingan memastikan penyampaian bantuan kemanusiaan tanpa halangan selaras dengan undang-undang kemanusiaan antarabangsa. 

“Sheikh Abdullah menekankan peranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)  dalam hal ini dan mengulangi sokongan UAE untuk kerja  kemanusiaannya,” ujar kenyataan itu. — WAM



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.