Politics

Meriam Ramadan UAE terus ‘meledak’

SETIAP negara mempunyai cara dan keunikan tersendiri menyambut Ramadan setiap tahun dan perkara itu turut dilakukan oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Sejak 1960-an, UAE akan melaksanakan aktiviti tembakan meriam setiap kali tibanya Ramadan.

Tembakan meriam yang dilepaskan setiap hari sepanjang Ramadan itu bertujuan menandakan berakhirnya puasa pada hari tersebut, sekali gus menjadi tradisi tahunan  UAE.

Mengikut protokol, empat anggota keselamatan akan ditempatkan ketika dua tembakan meriam dilepaskan. 

Pada tahun ini, sejumlah meriam ditempatkan di 11 lokasi di Dubai dengan lima lokasi tetap termasuk di hadapan Burj Khalifa dan Atlantis the Palm.

Tembakan meriam itu boleh didengari sehingga jarak 10 kilometer.

Stesen televisyen juga akan menyiarkan secara langsung aktiviti tersebut selama 30 hari sepanjang Ramadan.




Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.