Politics

[PARLIMEN] ‘Kerusi milik parti, bukan wakil rakyat’

KUALA LUMPUR: Bukan hak Ahli Parlimen yang sepatutnya menjadi keutamaan dalam pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti, sebaliknya kepentingan rakyat yang harus diperjuangkan.

Menurut Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, kenyataan beliau itu sama dengan penegasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membahaskan RUU itu di Parlimen, hari ini.

“Saya nak tekankan, jangan cakap pasal hak dia (wakil rakyat), dia dah lompat. Kita nak bincang tentang hak rakyat. Itu lebih penting. Kita selalu cakap pasal Ahli Parlimen ada hak, kita kena fikir tentang dia. Tidak.

“Kita kena fikir tentang hak rakyat yang telah menaruh harapan kepada seseorang itu dipilih menjadi wakil rakyat yang disokong rakyat itu, kerana dia dipilih parti. Kalau dia rasa hebat sangat, dia juga boleh bertanding bebas, lawan lah.

“Kita kena tekankan kepentingan rakyat, kerusi itu milik parti sebab parti itu telah beri watikah seperti yang disebut ketua pembangkang, kita pilih orang itu kerana wakil parti. Jangan bangga diri saya kuat, kalau kuat sangat, bertanding bebaslah seperti kera, katak, itu bebas,” katanya di Dewan Rakyat hari ini. – UTUSAN




Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close