Politics

PAS Sabah anjur Rumah Terbuka Aidilfitri

Oleh AMIRUDDIN MOHD ROSDI

KOTA KINABALU: PAS Negeri Sabah akan mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri pada 22 Mei ini di pekarangan Pejabat PAS negeri, di sini.

Pengarah sambutan, Dr. Aliakbar Gulasan berkata, tujuan majlis itu diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim melewati fahaman politik, bangsa dan pegangan agama.

Advertisement

Katanya, PAS bukan sekadar sebuah parti politik bahkan sebagai gerakan tarbiah, dakwah, pendidikan dan kebajikan.

“Aktiviti pendidikan dan kebajikan kita laksanakan tidak bermusim, sepanjang masa. Istimewanya pada kali ini majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Sabah akan dihadiri oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor,” ujarnya.

Katanya, PAS negeri mengundang semua masyarakat yang berdekatan untuk hadir memeriahkan majlis itu.

“Kami juga telah menghantar kad dan surat undangan kepada institusi kerajaan, masjid, parti politik, badan korporat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya yang juga Setiausaha PAS negeri dan ADUN dilantik.

Tambahnya, pada majlis tersebut nanti, pelbagai aktiviti dan juadah tradisional yang menarik disediakan kepada para tetamu yang hadir. – HARAKAHDAILY 20/5/2022



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close