Politics

PASTI Al Falah Kampung Kundang Baru azam lahirkan murid tadika amal sunnah Rasulullah

Visi dan misi PASTI Al Falah Kampung Kundang Baru, Selangor dipimpin oleh ajaran Islam yang berlandaskan al-Quran dan As-sunnah iaitu proses Pendidikan lebih mengutamakan pembinaan akidah yang benar dan mantap biuat murid-muridnya. (FOTO HARAKAHDAILY/ZULHAIDI MANSOR)

Oleh ZULHAIDI MANSOR

KUNDANG, SELANGOR: Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Al Falah Kampung Baru Kundang di sini berazam mahu melahirkan pelajar-pelajar berwawasan tinggi yang mengamalkan sunnah Nabi Muhammad S.A.W dari segi pengajian iqra, akademik dan penekanan kepada aliran agama seperti solat dan hadis-hadis.

Ketua Guru PASTI Al Falah, Kampung Baru Kundang, Cikgu Nurshafirah Basri berkata, PASTI menekankan kepada solat dan bacaan surah-surah dan inilah yang membezakan PASTI dengan tadika yang lain.

Advertisement

“Saya memang tekankan pengajian al-Quran untuk murid-murid di sini, lagipun saya merupakan aliran Tahfiz daripada Batu Berendam,” ujarnya kepada HarakahDaily.

Selain itu katanya, visi dan misi PASTI dipimpin oleh ajaran Islam yang berlandaskan al-Quran dan As-sunnah iaitu proses pendidikan lebih mengutamakan pembinaan akidah yang benar dan mantap.

Cikgu Nurshafirah (dua dari kanan) bersama barisan guru-guru PASTI Al Falah Kampung Kundang Baru (dari kanan) Cikgu Nurain, Cikgu Sofea dan Cikgu Hanim. (FOTO HARAKAHDAILY/ZULHAIDI MANSOR)

Tambahnya, kurikulum PASTI menekankan pembangunan seimbang untuk dunia dan akhirat yang sentiasa digubal dan mengalami proses penambahbaikan dari semasa ke semasa.

“Pendekatan pembelajaran juga lebih holistik tanpa membebankan minda kanak-kanak sebaliknya lebih kepada gabungan antara belajar dan bermain sesuai dengan usia mereka.

“Sebagai contohnya, kurikulum murid berusia 4 tahun sudah tentu berbeza dengan murid berumur 5 atau 6 tahun namun kesannya, bila murid ini memasuki 6 tahunmereka lebih ‘matang’ dan menguasai tahap asas bacaan al-Quran,” katanya. 

Pendekatan pembelajaran di PASTI Al Falah Kampung Kundang Baru adalah lebih holistik tanpa membebankan minda kanak-kanak yang mana ia lebih kepada gabungan antara belajar dan bermain sesuai dengan usia mereka. (FOTO HARAKAHDAILY/ZULHAIDI MANSOR)

Terdahulu, Pusat Asuhan Tunas Islam atau PASTI merupakan pusat pendidikan prasekolah milik Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Ia dikelola oleh Jabatan PASTI, sebuah jabatan di bawah Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Sehubungan itu, PASTI terus berkembang seiring dengan perkembangan zaman dan kemajuan dunia hari ini dengan penambahan kelas-kelas di seluruh negara dan pada suatu ketika meratai kesemua 14 buah negeri dan Wilayah Persekutuan. – HARAKAHDAILY 19/5/2022



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close