Politics

Pelajar SRIDU khatam al Quran setiap dua hari

Oleh SARINA ISMAIL

ALOR SETAR: Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU) Telok Bagan dekat sini menganjurkan majlis tahlil beramai-ramai melibatkan pelajar dan guru-guru sepanjang Ramadan ini.

Guru Besar sekolah terbabit, Sri Hariazi Juhari berkata, bacaan tahlil itu diadakan atas permintaan pelbagai pihak termasuk penduduk tempatan.

“Oleh itu, qalilullah (tidur sekejap selepas Zohor) yang menjadi rutin pelajar SRIDU ditangguhkan bulan ini.

Advertisement

“Ia digantikan dengan membaca tahlil. Selain itu program tadarus al-Quran yang melibatkan 60 pelajar tahap dua.

“Program tadarus terbabit menyasarkan 15 juzuk setiap hari dan khatam setiap dua hari sekali,” kata beliau ketika dihubungi di sini.

Menurutnya program itu sambutan baik pelajar sebagai aktiviti sempena Ramadan.

Kata beliau juga Lajnah Al-Quran SRIDU merancang mengadakan Bulan Al-Quran sepanjang Ramadan.

“Aktiviti rutin setiap pagi membaca surah Yaasin, surah Al-Kahfi (1-10), surah Toha (1-8) dan solat Duha,” tambah beliau.

Beliau juga berkata, pengawas perpustakaan akan pergi ke semua kelas membawa bakul berisi buku dan mengedarkan kepada pelajar.

Katanya juga sesi pembelajaran dipendekkan daripada jam 7.30 pagi hingga 2.30 petang berbanding berakhir 4 petang pada bulan lain.

“Pelajar hanya dibenarkan pulang setelah selesai solat zohor berjemaah di masjid sekolah,” ujarnya.

Sekolah tersebut yang berada di bawah Dewan Pemuda PAS Kedah turut menawarkan pakej Ihya Ramadan khususnya untuk majlis iftar, moreh dan sahur kepada pelajar yang tinggal di asrama.

Orang ramai yang berminat boleh hubungi Ustazah Sri Hariazi di talian 017-4347 529. – HARAKAHDAILY 8/4/2022



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close