Politics

PERDA-TECH tawar pengajian sijil, diploma kemahiran secara percuma

PELUANG melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sudah tentu menjadi impian ramai. 

Tidak kira akademik atau kemahiran, kedua-duanya penting bagi meningkatkan tahap kelayakan dan kebolehpasaran diri seseorang sebelum menempuh alam pekerjaan.

Bagi mereka yang mempunyai minat dalam bidang pengajian berteraskan kemahiran, anda dipelawa untuk melanjutkan pengajian di Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH).

Diiktiraf badan profesional

PERDA-TECH adalah sebuah Institusi Latihan Kemahiran Awam di bawah Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) iaitu salah sebuah agensi Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).  

Ia diiktiraf sebagai Pusat Bertauliah oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Pembangunan Sumber Manusia bagi membolehkan institusi ini mengeluarkan Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia.

Graduan yang menamatkan pengajian di sini juga menjadi buruan industri kerana kursus yang ditawarkan di PERDA-TECH mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Qualifications Agency (MQA) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

PERDA-TECH turut diiktiraf beberapa badan profesional lain seperti CISCO bagi bidang Teknologi Maklumat dan Suruhanjaya Tenaga bagi Kursus Pendawai PW2 untuk Program Sijil Teknologi Elektrik.

Kursus ditawarkan

Image

Setakat ini, PERDA-TECH menawarkan sebanyak tujuh program di peringkat sijil dan enam program di peringkat diploma.

Senarai program di peringkat sijil:

  1. Sijil Teknologi Elektrik (SKM)
  2. Sijil Teknologi Kimpalan (SKM)
  3. Sijil Teknologi Automotif (SKM)
  4. Sijil Kejuruteraan Pertanian
  5. Sijil Kejuruteraan Mekanikal
  6. Sijil Seni Reka Pakaian
  7. Sijil Multimedia Kreatif

Senarai program di peringkat diploma:

  1. Diploma Kemahiran Malaysia (Teknologi Kimpalan) (DKM)
  2. Diploma Kemahiran Malaysia (Teknologi Maklumat) (DKM)
  3. Diploma Kemahiran Malaysia (Teknologi Automotif) (DKM)
  4. Diploma Teknologi Kejuruteraan Rekabentuk Produk 
  5. Diploma Teknologi Kejuruteraan Pemesinan CNC Jitu
  6. Diploma MultimediaKreatif (Filem & Animasi)

Selain program di peringkat Sijil dan Diploma PERDA-TECH juga menyediakan empat program khas untuk memberi peluang kepada pelajar yang tidak mempunyai kelayakan akademik menyambung pengajian dalam bidang kemahiran.

Senarai Program Khas Sukses Asas Kemahiran Teknikal (SAKTI) adalah seperti berikut :

  1. Sijil Kemahiran Khas Fabrikasi Logam (Kimpalan)
  2. Sijil Kemahiran Khas Mekanik Kenderaan (Automotif)
  3. Sijil Kemahiran Khas Jahitan & Potongan Baju (Senireka Fesyen)
  4. Sijil Kemahiran Khas Pendawaian Elektrik

Bagi individu yang berminat untuk mengikuti program peningkatan kemahiran atau kemahiran semula, PERDA-TECH turut menyediakan program jangka pendek menerusi Unit CoAS dalam bidang kemahiran kepada komuniti dan pekerja industri.

Pengajian percuma

Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang bernaung di bawah kerajaan, PERDA-TECH menawarkan program pengajian di peringkat sijil dan diploma secara percuma. 

Lebih menarik, pelajar yang layak mengikuti pengajian di peringkat sijil akan menerima elaun sebanyak RM250 sebulan berserta penginapan dan pakaian kursus sepanjang tempoh pengajian. 

Untuk mengikuti pengajian di PERDA-TECH, anda mestilah memenuhi beberapa syarat kelayakan seperti di bawah:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf, dengan
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (bagi tahun 2013 dan ke atas)
  5. Berumur tidak kurang 18 tahun
  6. Tidak rabun warna
  7. Mendapat satu (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran.

Daftar sekarang!

Image

Bagi pelajar yang berminat, anda disarankan untuk membuat permohonan segera secara dalam talian menerusi pautan ini kerana pengambilan pelajar bagi Sesi Julai 2022 kini dibuka.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program serta kursus yang ditawarkan di PERDA-TECH layari laman sesawang www.perda-tech.edu.my atau ikuti perkembangan terkini menerusi laman Facebook, Instagram dan saluran YouTube rasmi PERDA-TECH. 

© New Straits Times Press (M) Bhd




Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close