Politics

Pesawah ditahan bersama 150kg daun ketum

TELUK INTAN: Polis menahan seorang lelaki dan merampas 150 kilogram daun ketum bernilai RM7,500 di sebuah rumah di Labu Kubong, Chenderong Balai di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, lelaki berusia 23 tahun yang bekerja sebagai pesawah itu ditahan dalam serbuan pada pukul 1 pagi.

Katanya, pemeriksaan lanjut di stor belakang rumah suspek menjumpai 30 bungkusan plastik hitam disyaki berisi daun ketum dengan anggaran berat 150 kilogram.

“Berdasarkan siasatan, suspek memetik daun ketum tersebut di hutan belakang rumahnya yang ditanam individu lain sebelum ini dan menjualnya sekitar Teluk Intan.

“Pada masa sama, suspek juga bertindak sebagai orang tengah dan mendapatkan bekalan daun ketum daripada seorang pembekal di Labu Kubong untuk dijual kepada pembeli. Lelaki itu menjalankan kegiatan tersebut sejak enam bulan lalu,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan ujian saringan air kencing mendapati negatif dadah dan suspek juga tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Suspek direman tiga hari mulai hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” katanya. – UTUSAN 




Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close