Politics

Polis dirakam bertindak kasar, tekan leher murid perempuan guna lutut

WISCONSIN: Sebuah video memaparkan kekerasan seorang anggota polis selepas dia menekan leher seorang murid perempuan menggunakan lutut di sebuah sekolah di Kenosha.

Video tersebut disebarkan oleh pihak sekolah dan suspek difahamkan tidak bertugas semasa kejadian itu.

Kejadian yang berlaku semasa waktu makan tengah hari melibatkan mangsa berusia 12 tahun.

Video tersebut menunjukkan anggota polis, Shawn Guetschow terlibat dalam pergaduhan dengan gadis itu, sebelum mangsa tersungkur ke lantai dan kepalanya terhantuk di atas meja.

Guetschow yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di sekolah itu kemudian menahan kepala mangsa ke lantai menggunakan lututnya selama setengah minit, sebelum menggarinya dan membawa keluar dari kafeteria.

Bapa mangsa, Jerrel Perez menyifatkan insiden itu sebagai perlakuan jenayah kerana tindakan seperti itu sudah dilarang terhadap semua pegawai polis di Wisconsin.

Katanya, anaknya terpaksa berjumpa pakar neurologi disebakan kecederaan yang dialami.

Susulan itu, pihak sekolah menggantung tugas lelaki tersebut.

Dia kemudian meletakkan jawatan daripada pekerjaan separuh masa dengan sekolah tersebut.

Dalam surat peletakan jawatan itu, Guetschow berkata, pihak sekolah tidak memberikan sokongan terhadap dirinya berhubung insiden tersebut.-AP




Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.