Politics

Polis pantau jualan mercun di bazar Ramadan




Oleh AIN MANAF

TUMPAT: Polis Kelantan menerima sebanyak sembilan permohonan permit bagi penjualan mercun setakat ini, kata Ketua Polis Kelantan, Dato’ Shafien Mamat.

Bagaimanapun kata beliau pihaknya sehingga sekarang belum memberi kelulusan memandangkan ia perlu merujuk kepada syarat yang ditetapkan.

Advertisement

Katanya, proses permohonan tersebut dijangka akan dibuat dalam masa terdekat.

“Pada tahun ini kita beri peluang cuma perlu ikut syarat dan hanya senarai mercun yang dibenarkan sahaja akan diluluskan,” katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi kebakaran di sini, hari ini.

Mengulas lanjut lanjut perkara sama katanya, pasukan pemantauan ditubuhkan bertujuan memantau serta meninjau sekiranya didapati penjual cuba menjual mercun di bazar Ramadan.

Menurutnya langkah itu dibuat memandangkan penyeludupan mercun semakin aktif sepanjang Ramadan disebabkan permintaan yang tinggi.

“Ia telah mendorong penyeludup membawa masuk mercun dan bunga api itu melalui laluan yang tidak sah dan salah,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 5/4/2022





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close