Politics

Ratusan ribu warga Jordan berdepan hukuman penjara

Tanpa jaminan sosial yang mencukupi, beribu-ribu penduduk Jordan yang gagal melunaskan pinjaman bank atas desakan hidup kini berdepan hukuman penjara. (FOTO Reuters)

AMMAN: Sebuah badan pemerhati hak asasi manusia menggesa Jordan agar menghapuskan hukuman mandatori penjara terhadap individu yang gagal membayar hutang pinjaman bank, beberapa minggu sebelum tamat tempoh moratorium ke atas amalan tersebut.

Penyelidik Kanan Human Rights Watch Timur Tengah, Sara Kayyali berkata bahawa dengan membenarkan hukuman penjara bagi golongan yang gagal melangsaikan hutang bank, Jordan telah meletakkan puluhan ribu warga negaraiitu dalam risiko dimasukkan ke penjara bukan atas kesalahan jenayah.

Advertisement

“Malang sekali mereka berdepan hukuman penjara bukan kerana jenayah tetapi kerana gagal melunaskan pinjaman bank yang digunakan untuk menampung keperluan penting kehidupan seperti sewa kediaman, keperluan makanan, atau rawatan perubatan,” ujarnya.

Jordan adalah antara segelintir negara di mana individu boleh dipenjarakan jika gagal  membayar hutang mereka.

Pada Mac 2021, ketika negara itu berada di tengah-tengah pandemik Covid-19, pihak berkuasa Jordan mengumumkan moratorium selama setahun bermatlamat untuk menangkap orang ramai yang gagal membayar hutang, tetapi langkah itu ditetapkan untuk tamat tempoh menjelang bulan Jun ini. 

Puluhan ribu rakyat Jordan boleh menghadapi hukuman penjara kerana hutang mereka yang  mana pada 1 April, sekurang-kurangnya 148,000 orang dikehendaki kerana gagal membayar hutang pinjaman bank.

Jordan dicemari oleh kadar kemiskinan yang semakin meningkat. Kadar pengangguran mencapai 25 peratus yang mengejutkan di Jordan pada awal 2021, dengan 50 peratus adalah dalam kalangan belia. 

Kadar pengangguran dalam kalangan wanita adalah jauh lebih tinggi daripada lelaki, dengan kira-kira satu pertiga daripada tenaga buruh wanita menganggur.

Tanpa jaminan sosial yang mencukupi, beribu-ribu penduduk Jordan termasuk bukan warganegara yang merupakan pelarian Palestin dan Syria yang miskin, terpaksa membuat pinjaman untuk terus hidup.

Pihak berkuasa Jordan kini sedang dalam proses menyemak semula undang-undang yang membenarkan hukuman penjara bagi individu yang gagal membayar hutang pinjaman bank melalui draf pindaan untuk sebarang jumlah pinjaman yang kurang daripada 5,000 JD (RM30,192), melarang memenjarakan kedua-dua pasangan suami isteri yang berhutang pada masa yang sama, dan mengehadkan jumlah masa penjara pada 60 hari bagi setiap hutang dan tidak melebihi 120 hari kesemuanya.

“Walaupun pindaan itu adalah suatu peningkatan ketara, namun dalam aspek hak asasi manusia, hukuman penjara kerana gagal bayar hutang adalah pelanggaran yang jelas terhadap kewajiban hak asasi manusia di peringkat antarabangsa, dan Jordan harus menamatkan amalan itu dengan segera,” tegas Kayyali. – The New Arab



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close