Politics

RM20 juta bina, baik pulih rumah mangsa banjir

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM20 juta diperuntukkan untuk membina serta membaik pulih rumah mangsa-mangsa yang terkesan akibat musibah banjir termasuk membaik pulih masjid, surau, institusi pendidikan dan kebajikan di seluruh negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad berkata, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) melalui Yayasan Taqwa-MAIWP telah diberikan amanah untuk melaksanakan tugasan itu.

Advertisement

“Pada hari ini, kita melancarkan projek perintis simbolik dua buah rumah yang akan dibina semula dan dibaik pulih,” ujarnya dalam hantaran di laman Facebook beliau, hari ini.

Beliau berharap semoga dengan bantuan itu memberi semangat dan kelegaan kepada mereka yang terkesan akibat banjir melalui bantuan membina dan baik pulih selain dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa dan keluarga.

“Saya akan memastikan projek ini berjalan dengan pantas dan telus dalam menguruskan peruntukan ini yang diketuai oleh Yayasan Taqwa MAIWP,” katanya.

Bagi beliau, rasa pilu apabila mengimbas kembali pada penghujung 2021 lalu, Malaysia yang telah diuji dengan bencana banjir agak luar biasa yang melibatkan beberapa buah negeri iaitu Selangor, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan serta beberapa buah negeri lain.

Baru-baru ini juga, ujarnya negara kdiuji sekali lagi dengan bencana yang sama terutamanya di Terengganu dan Kelantan.

Tambahnya, bencana itu juga telah menyebabkan kehilangan nyawa serta kemusnahan harta benda.

“Besar ujian yang dihadapi oleh saudara-saudara kita. Dalam ruang kemampuan agensi Islam, maka menjadi tanggungjawab agensi hal ehwal Islam untuk membantu mangsa-mangsa yang terkesan dengan bencana banjir di seluruh negara,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 18/3/2022



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.