Politics

RUU Anti Lompat Parti ditangguh lagi

PETALING JAYA: Kabinet tidak mendapat kata sepakat, malah, tidak bersetuju dengan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti yang sepatutnya dibentangkan di Dewan Rakyat pada Isnin minggu hadapan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Namun, Wan Junaidi menjelaskan, sidang khas Dewan Rakyat akan diteruskan dengan pembentangan pindaan Perlembagaan bagi memudahkan RUU tersebut dibentangkan pada masa hadapan.

Dalam satu kenyataan, Wan Junaidi berkata, RUU berkenaan tidak akan dibentangkan pada sidang khas yang telah ditetapkan sebelum ini bagi membuka ruang melanjutkan kajian mengenai definisi ‘lompat parti’

“Ya, ia telah ditangguhkan,” katanya kepada media itu.

Sistem Parlimen Malaysia menetapkan sebarang pindaan Perlembagaan memerlukan sokongan majoriti dua pertiga ahli Dewan Rakyat.

Ini menjadikan RUU Anti Lompat Parti ditangguhkan buat kali kedua selepas pertama kali dijadualkan untuk dibentangkan bagi bacaan kali pertama pada 24 Mac lalu iaitu hari terakhir sidang pertama Dewan Rakyat tahun ini. –UTUSAN ONLINE

 




Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close