Politics

Sharnaaz sebak Jebat Jayden masuk tadika

KUALA LUMPUR : Pelakon, Sharnaaz Ahmad, 37, meluahkan rasa sebak ketika menghantar anak lelakinya, Jebat Jayden ke ‘Children’s Discovery House’, semalam.

Menurut Sharnaaz, nalurinya sebagai seorang bapa mula tersentuh apabila menyedari betapa pantasnya masa berlalu dan kini anak tunggalnya itu sudah boleh bersekolah.

Malah, kata Sharnaaz, dia juga baru memahami perasaan ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah.

“Jebat okey, semua okey, cuma bila dalam pukul 11 macam tiu dia dah nak balik. Dia kata dia nak tidur dekat rumah dengan mummy (Nabila).

“Memang terasalah masa sekejap saja masa berjalan. Dulu bila tengok orang komen, sebak hantar anak ke sekolah kita tak faham. Sekarang baru faham.

“Rasa dia akan cepat membesar dan akan cari kehidupan sendiri dah selepas ini. Dengan kawan-kawan, dengan awek (teman wanita),”katanya.

Semalam, Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ini berkongsi momen Jebat yang teruja untuk pergi ke tadika buat pertama kalinya di Instagram (IG).

Dalam rakaman video itu turut kelihatan Noor Nabila yang bersama menemani anak kesayangan.

Untuk rekod, Sharnaaz dan Noor Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 namun disahkan bercerai pada 9 Julai 2020 secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Hasil perkahwinan, pasangan tersebut dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jebat Jayden pada 30 Ogos 2018.




Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close