Politics

Suami isteri dari Temerloh dikhuatiri lemas di Pantai Penunjuk

KEMAMAN: Sepasang suami isteri dikhuatiri lemas ketika mandi manda di Pantai Penunjuk Kijal di sini hari ini. 

Kehilangan Ahmad Qarib Ab. Kadir, 60, dan isterinya Rokiah Abd Rahman, 59, dari Temerloh, Pahang, disedari empat anaknya yang berusia antara 16 hingga 24 tahun, kira-kira pukul 5 pagi. 

Anak mangsa, Muhammad Usaamah,19, berkata, sebelum kejadian itu, ibu bapanya memberitahu mahu turun ke pantai yang  terletak 40 meter dari lokasi penginapan mereka untuk mandi kira-kira pukul 4 pagi.

“Apabila saya dan adik-beradik lain bangun kira-kira pukul 5 pagi, kami dapati ibu dan ayah sudah tiada dan segera mencari di pantai. Mereka memang selalu mandi sebelum subuh,” katanya ketika ditemui pemberita. 

Muhammad Usaamah berkata, pencarian di pantai menemukan selipar kedua-dua mangsa dan tikar.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kijal, Mohamad Adri Mat Harun berkata, operasi mencari dan menyelamat digerakkan dengan kekuatan lebih 60 anggota bomba, polis serta beberapa jabatan lain. –UTUSAN ONLINE

 

 




Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close