Politics

Terengganu FC II benam UiTM FC

KUALA TERENGGANU: Terengganu FC II terus membaiki kedudukan dalam Liga Perdana selepas mengatasi UiTM FC 2-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini sebentar tadi.

Kemenangan itu membolehkan tuan rumah naik ke tangga keempat dengan memungut 10 mata, manakala UiTM FC terus dirundum malang dengan kekalahan kelima berturut-turut.

Terengganu FC II bermula baik pada awal permainan dan pelawat turut menyusun gerakan namun tolakan Ahmad Azriddin Rosli (m-25) sekadar tinggi melepasi sasaran.

Tekanan daripada tuan rumah selepas rehat akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-64 apabila Jordan Mintah menyudahkan bola muntah berpunca rembatan Mohd. Syazwan Nor Azmi dari luar kotak penalti.

Hanya dua minit berselang, Argzim Redzovic menggandakan kedudukan 2-0 buat TFC II melalui tandukan kemas untuk menewaskan Mohd. Ramdhan dari jarak dekat.

Walaupun cuba memberi saingan di hujung saingan, UiTM FC terpaksa akur gagal menembusi kubu pertahanan tuan rumah dan kedudukan 2-0 berpihak TFC II kekal sehingga tamat.




Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close