Politics

Tiada keperluan PAS guna Taliban tingkat imej Islamik

KUALA LUMPUR: PAS tidak memerlukan isu Taliban untuk meningkatkan imej Islamik parti itu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Senator Ir. Ts. Khairil Nizam Khirudin berkata, perjuangan Islam adalah perjuangan PAS dan isu-isu membabitkan Islam akan terus diperjuangkan parti itu.

Menurutnya, isu Islam yang diperjuangkan PAS bukan sahaja di Malaysia atau negara luar tertentu seperti Afghanistan dan Palestin, malah negara-negara Islam yang lain.

“PAS menyokong kerajaan Taliban secara terbuka kerana Taliban adalah kerajaan yang mentadbir Afghanistan,” ujarnya dalam kenyataan, hari ini.

Advertisement

Katanya, kerajaan Taliban perlukan sokongan untuk membangunkan semula Afghanistan selepas berjaya mencapai kemenangan dan kemerdekaan daripada cengkaman penjajahan.

Tambahnya, tetapi, PAS tidak akan sama sekali menyokong apa sahaja bentuk keganasan yang berlaku di Afghanistan.

Beliau menegaskan, keganasan bukanlah cerminan kerajaan Islam yang PAS perjuangkan.

“PAS tidak memerlukan isu Taliban untuk meningkatkan imej Islamik PAS seperti yang dimainkan oleh pihak yang iri dengan perjuangan Islam PAS,” tegasnya lagi. 

Malah, ujar beliau sokongan kepada Taliban adalah selari dengan Dasar Luar Negara yang diamalkan Malaysia yang terkenal dengan reputasi sebagai broker perdamaian negara-negara Islam dan wilayah yang dilanda konflik.

Katanya, rekod pentadbiran PAS di Kedah, Terengganu, dan Kelantan adalah bukti perjuangan Islam PAS yang meletakkan kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan.

Tambahnya lagi, hak dan kebebasan masyarakat bukan Islam juga terpelihara.

“Imej Islamik pada pentadbiran PAS di negeri-negeri tersebut tidak menjadi penghalang pembangunan dan peningkatan pelaburan luar.

“Ini jelas membuktikan bahawa PAS tidak memerlukan retorik sokongan politik kepada sesetengah kumpulan untuk meningkatkan imej Islam PAS,” katanya.

Justeru, ujarnya PAS menyeru seluruh umat Islam memberi sokongan kepada Afghanistan untuk bangun semula membina negara mereka berlandaskan kesejahteraan yang dianjurkan Islam dan terus menegakkan Islam di Afghanistan tanpa menggunakan keganasan. – HARAKAHDAILY 7/4/2022



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close