Politics

Tiga lelaki ditahan berkaitan kes samun

PETALING JAYA: Tiga lelaki ditahan polis semalam dipercayai terlibat dalam kejadian samun kedai serbaneka di Cheras, Kajang dan Ampang, dekat sini.

Kesemua suspek berusia 21 hingga 25 tahun itu ditahan dalam tangkapan berasingan kira-kira pukul 10.30 malam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, pemeriksaan lanjut mendapati kesemua suspek memiliki beberapa rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah.

“Mereka direman bermula hari ini hingga 13 April bagi membantu siasatan.

“Hasil tangkapan ini, polis berjaya menyelesaikan lapan kes samun yang berlaku di sekitar kawasan Cheras, Kajang dan Ampang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhammad Idzam berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kegiatan jenayah untuk menyalurkannya ke Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.- UTUSAN




Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close