Politics

TSG pasukan terbaik Jelajah Sharjah

KUALA TERENGGANU: Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) menamatkan siri Jelajah Sharjah di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan cemerlang apabila dinobatkan sebagai pasukan terbaik menerusi catatan masa 19 jam 53 minit 14 saat.

Pengurusnya, Mohd. Saiful Anuar Aziz berkata, pasukan bertaraf benua itu turut meraih kejayaan lain dalam kategori individu keseluruhan atau jersi kuning menerusi Anatoliy Budyak dan Sainbayar Jambaljamts.

Katanya, Budyak yang merupakan muka baharu TSG berada di kedudukan keempat dengan memungut 20 mata manakala Sainbayar (tempat keenam).

“Dalam perebutan jersi hijau atau raja pecut pula, Sainbayar mendapat tempat kelapan keseluruhan sepanjang lima peringkat perlumbaan dan Budyak pula di tempat keempat dalam kategori raja bukit atau jersi polka dot,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Pada kejohanan bertaraf 2.2 Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) itu, TSG meraih satu kedudukan podium menerusi Budyak yang menamatkan perlumbaan peringkat ketiga di tempat kedua.

Jelajah Sharjah didominasi pelumba veteran daripada Shabab Al Ahli Cycling Team, Grega Bole yang membolot jersi kuning dan hijau manakala jersi polka dot pula menjadi milik pelumba Maghribi, Anass Ait El Abdia yang mewakili Al Shafar Jumeirah Cycling Team.




Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close