Politics

Tunku Ismail luangkan masa melawat Farizal

PETALING JAYA: Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim meluangkan masa melawat kapten JDT, Farizal Marlias di kediamannya hari ini.

Dalam kunjungan tersebut, Tunku Mahkota Johor (TMJ) turut berbesar hati mengurniakan sebuah set golf kepada penjaga gol Harimau Selatan itu.

Dalam aksi Liga Super, Ahad lalu, Farizal mengalami kecederaan di kepala selepas bertembung dengan pemain pertahanan, Shane Lowry ketika mahu menghalang serangan Terengganu FC pada separuh masa kedua.

Akibatnya, Farizal, 35, tidak sedarkan diri dan terus dihantar ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Sejurus tamat perlawanan, Tunku Ismail bergegas ke hospital untuk melihat sendiri keadaan Farizal yang kini semakin sembuh.

Dalam perlawanan itu JDT berjaya mengekalkan rekod bersih dalam empat aksi Liga Super dengan menewaskan Terengganu FC 2-1 di Stadium Sultan Ibrahim. – UTUSAN ONLINE




Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close