Politics

U-Bes jalin kerjasama bantu belia cari kerjaya

Oleh SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU: Urus Setia Belia dan Sukan (U-BeS) mengambil inisiatif bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri itu khususnya anak-anak muda.

Pengarahnya, Nasruddin Mahmud Muhaidin berkata, kerajaan negeri mencari peluang kerjaya bagi membantu golongan belia menjana ekonomi keluarga.

“Sehingga sekarang 92 belia sedang menjalani kursus di pelbagai industri dengan mendapat elaun, penginapan dan pengangkutan percuma disediakan,” katanya pada taklimat program Penempatan Pekerjaan Industri di sini semalam.

Advertisement

Seramai 34 belia dan beliawanis hadir mendengar taklimat yang disampaikan pengurus program berkenaan Dr Zamri Nordin.

Sebahagian besar peserta yang mengikuti taklimat tersebut menyatakan kesediaan untuk mengikuti program berkenaan yang dijangka bermula 23 Jun ini.

Nasruddin juga berkata, Kelantan tiada kemudahan komplek sukan di peringkat jajahan seperti terdapat di negeri-negeri lain.

Menurutnya di Kelantan hanya terdapat sebuah kompleks sukan di Panji Kota Bharu yang dibina Kementerian Belia dan Sukan.

Kata beliau sepatutnya setiap jajahan di Kelantan terdapat kompleks sukan bagi membolehkan golongan belia dan penduduk tempatan mengadakan pelbagai aktviti. – HARAKAHDAILY 15/6/2022



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close