Politics

Untung bersih Cahya Mata Sarawak susut kepada RM72.02

PETALING JAYA: Keuntungan bersih Cahya Mata Sarawak Berhad (Cahya Mata Sarawak) bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2022 merosot kepada RM72.02 juta berbanding RM77.80 juta yang direkodkan dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Bagaimanapun, menurut kumpulan itu, hasilnya meningkat kepada RM214.04 juta daripada RM202.06 juta pada tahun sebelumnya.

“Keuntungan sebelum cukai meningkat sedikit sebanyak RM83.86 juta pada suku pertama 2022 berbanding RM82.56 juta setahun lalu.

“Ia disumbang terutamanya daripada prestasi lebih baik yang dicatatkan oleh bahagian simen dan penyelenggaraan jalan raya dan bahagian keuntungan yang lebih tinggi daripada syarikat bersekutu sebanyak RM15.42 juta.

“Pendapatan teras yang dilaporkan bagi suku pertama 2022 jauh lebih baik kerana keuntungan sebelum cukai yang dilaporkan pada suku pertama 2021 termasuk juga keuntungan sekali daripada penjualan saham dalam Kenangan InvestmenT Bank Berhad (KIBB) berjumlah RM28.52 juta dan pelupusan tanah dan hartanah pelaburan sebanyak RM12.74 juta,” katanya dalam kenyataan.

Syarikat yang terlibat dalam beberapa sektor daripada pembuatan simen kepada dagangan, penyelenggaraan jalan raya hinggalah kepada pembangunan hartanah dan sektor strategik lain berkata, aset bersih ketara sesahamnya berjumlah RM2.87 berbanding RM2.80 setahun lepas.

Peningkatan perbelanjaan pembangunan oleh kerajaan Persekutuan dan negeri dijangka meningkatkan segmen pembinaan dan industri berkaitan.

Kumpulan itu juga menjangkakan prestasi yang bertambah baik dalam semua bahagiannya pada tahun ini.

“Walaupun terdapat cabarang berpunca daripada kos bahan mentah yang tinggi dan kekangan rantaian bekalan global, inisiatif utama kumpulan terus dilaksanakan di semua bahagian perniagaan berikutan pemulihan ekonomi secara beransur-ansur untuk mengekalkan kelangsungan perniagaan,” katanya. – UTUSAN




Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.

close