Politics

vivo X80 series dilengkapi ciri pengimejan sinematik baharu

JENAMA peranti terkemuka, vivo Malaysia semalam melancarkan telefon pintar siri fotografi terunggul, vivo X80 series yang menawarkan pengalaman mudah alih premium dengan keupayaan pengimejan sinematik baharu menerusi kolaborasi bersama ZEISS.

Dibangunkan dengan ciri utama vivo X series yang memberi tumpuan kepada fotografi mudah alih profesional, vivo X80 series menampilkan X80 dan X80 Pro. 

Ia membuktikan komitmen vivo memperkasa pengalaman pengguna menerusi fotografi dan videografi dengan mod sinematik artistik, konfigurasi terbaik serta inovasi teknologi.

Ciri pengimejan profesional dengan ZEISS

Diperkasa dengan dual chip bagi pengimejan profesional, vivo X80 series membawakan lebih banyak penambahbaikan melangkaui pengalaman fotografi mudah alih dan buat julung kalinya peranti vivo mengetengahkan mod video gaya sinematik hasil kolaborasi dengan ZEISS. 

Ciri ZEISS Cinematic Video Bokeh baharu menghasilkan bokeh yang menonjol dengan kesan suar (flare) bujur nisbah 2.39:1, mewujudkan kesan lensa sinematik skrin lebar serta menawarkan video ekspresif dengan nilai estetik tinggi. 

Pada masa sama, pengguna juga boleh menghasilkan kesan bokeh dalam video potret menggunakan lensa biasa dengan satu sentuhan. 

Kesan bokeh yang dihasilkan mungkin berbeza mengikut jarak fokus, apertur, dan jarak rakaman serta kesan suar berbentuk bulat dalam bingkai 16:9 biasa.

Selain itu, vivo X80 series turut disertakan ZEISS Cinematic Style Bokeh dalam rangkaian ciri ZEISS Superb Portrait, membolehkan pengguna menghasilkan estetik klasik Hollywood menggunakan kesan bokeh seakan filem yang digandingkan dengan suar berbentuk bujur memanjang. 

Kesan keseluruhan boleh ditingkatkan dengan algoritma simulasi lensa sinematik vivo dan teknologi kedalaman medan dwikamera yang menggabungkan penerapan dan pemprosesan suar. 

Teknologi ini berupaya mengenal pasti titik paling terang gambar dan menaikkannya dengan ciri cahaya biru artistik yang seakan silau biru di lensa filem.

Sementara itu, vivo masih mengekalkan kesan pemandangan malam memukau menerusi ZEISS Superb Night Camera. 

Ia ditambah dengan pelbagai ciri terkini seperti Pure Night View, X80 series mampu merakam pemandangan bandar pada waktu malam sambil mengekalkan senario sebenar  pemandangan terbabit.

X80 Pro turut menyokong ciri XDR Photo yang mampu meningkatkan kejelasan bagi imej dengan pencahayaan belakang dan rona yang dapat mencerminkan dengan lebih baik seperti dilihat oleh mata manusia. 

Prestasi pemandangan pada waktu malam kekal hebat dengan ZEISS T* Coating eksklusif dilengkapi dalam semua peranti bagi mempertingkatkan penghantaran cahaya bagi mengurangkan pantulan dan silau.

Bagi menawarkan pengalaman fotografi mudah alih yang terunggul, X80 series juga  menyertakan ZEISS Natural Colour dibantu oleh AI Perception Engine yang pertama bagi siri ini, berupaya meningkatkan ketepatan warna dan memudahkan perubahan warna serta kecerahan semasa rakaman. 

ZEISS Natural Colour adalah teknologi peneraju dalam industri, berfungsi mengubah rona serta memaparkan warna semula jadi. Saat digabungkan dengan AI Perception Engine, teknologi ink akan mengoptimumkan pendedahan secada tepat dan imbangan putih secara automatik untuk hasil rakaman yang asli. 

Penambahbaikan ciri ini turut menjadi nilai tambah bagi mengubah kecerahan rona rakaman supaya tampak hidup, bermutu dan semula jadi.

Pengalaman fotografi mudah alih premium

Walaupun X80 series sarat dengan pelbagai penambahbaikan, pengguna siri peranti baharu ini tidak perlu bimbang kerana ia tetap mengekalkan ciri klasik terbaik, meletakkan vivo sebagai jenama pilihan bagi fotografi mudah alih. 

Image

X80 Pro didatangkan dengan sistem empat kamera belakang Ultra-Sensing GNV 50 megapiksel (MP) lengkap dengan penstabilan imej optik (OIS), kamera sudut lebar 48MP, kamera Gimbal Portrait 12MP, kamera Periscope 8MP dan kamera depan 32MP. 

Kamera Gimbal Portrait 12MP adalah penambahbaikan teras yang meningkatkan kualiti dan kestabilan video, manakala kamera utama X80 Pro dengan Ultra-Sensing GNV Sensor pula disesuaikan bagi mengoptimumkan pantulan serta mengurangkan cahaya, lengkap dengan High Transmittance Glass Lens bagi penyebaran dan aliran suhu yang rendah bagi mengurangkan silau. 

Image

Model X80 pula hadir dengan kamera depan 32MP dan sistem kamera belakang yang terdiri daripada Ultra-Sensing Sensor Camera 50MP, Portrait Camera 12MP, dan kamera sudut lebar 12MP baharu. Model ini turut menampilkan sensor  ultra-sensing IMX866 baharu, meningkatkan prestasi kamera dalam keadaan gelap dan kurang pencahayaan.

 Untuk pengalaman pengimejan berkualiti tinggi, X80 series dilengkapi dengan cip pengimejan khusus terkini daripada vivo, iaitu cip vivo V1+, yang membawakan pengalaman lebih baik dengan sistem AI terbina bagi peningkatan visual tahap profesional. 

X80 Pro pula mempunyai ciri tambahan iaitu AI Video Enhancement yang membolehkan peranti menukar secara automatik antara video HDR dan mod malam mengikut senario. Cip vivo V1+ juga membantu mempertingkatkan pengalaman visual bagi X80 series dari segi paparan dan permainan.

Camera Panning adalah ciri eksklusif baharu bagi meningkatkan keupayaan dinamik siri ini. Teknologi pengesanan pergerakan potret pada peranti ini boleh mengurangkan kekaburan gerakan disebabkan tangan yang bergoyang.

Mod Night Sports pada X80 Pro pula membolehkan pengguna merakam imej hebat dan dinamik kerana mampu merakam gambar lebih jelas walau dalam senario yang ekstrem dengan keupayaan pengesanan pergerakan dipertingkatkan. 

Prestasi yang unggul

Image

Teknologi inovatif vivo dalam fotografi dan prestasi mudah alih meletakkan X80 series dengan sokongan dual chip sebagai peranti yang berkuasa, direka berdasarkan kehendak pengguna.

Selain dual chip V1+ chip yang direka khusus bagi memperkasa pengalaman mudah alih pengguna, X80 Pro turut disertakan konfigurasi Snapdragon 8 Gen 1, manakala model X80 menggunakan platform MediaTek Dimensity 9000, menawarkan prestasi lebih cekap tanpa menambah beban penggunaan bateri. 

Berbanding model sebelumnya, X80 Pro mempunyai prestasi CPU lebih baik. Keseluruhan siri ini dilengkapi dengan LPDDR5 dan UFS3.1 yang dipertingkatkan bagi kadar kelajuan penggunaan dan storan lebih tinggi.  

X80 Pro turut didatangkan dengan Ultra Large Liquid Cooling Vapor Chamber yang memberikan lingkungan penyejukan permukaan maksimum serta membantu mengekalkan kestabilan apabila menggunakan ciri berprestasi tinggi seperti permainan berskala besar dan rakaman video.

Setakat ini, X80 series dilengkapi dengan Vapor Chamber terbesar dalam kalangan X series dengan lebih 27 lapisan pelesapan haba bagi kesan penyejukan optimum. 

Direka bagi memenuhi keperluan pengguna, X80 series baharu ini menawarkan penambaikan bateri yang dapat disesuaikan dengan setiap jenis gaya hidup. 

Kesemua siri baharu ini menyokong teknologi pengecasan pantas FlashCharge 80W. Bagi X80 Pro, ia menyokong FlashCharge 50W tanpa wayar dengan bateri 4,700 mAh, dan X80 pula didatangkan dengan bateri 4,500 mAh. 

Walaupun kapasiti bateri sangat besar, X80 Pro dan X80 masing-masing boleh dicas sepenuhnya hanya dalam 35 minit sahaja.

Sementara itu, X80 series didatangkan dengan kawalan dan ciri privasi lebih baik. Dengan adanya ciri Screen Pinning, pengguna boleh membekukan skrin untuk privasi yang maksimum. Penunjuk mikrofon dan kamera, kawalan lebih baik dalam anggaran lokasi dan papan pemuka privasi boleh digunakan untuk mengawal capaian aplikasi. 

X80 Pro juga dilengkapi dengan 3D Ultrasonic Large Fingerprint Sensor serba baharu yang boleh membuka kunci telefon dalam masa 0.2 saat.

Alami permainan imersif

Image

Motor linear paksi X besar, disokong algoritma getaran dibangunkan vivo membawakan getaran berasaskan latar senyap dan bertenaga, supaya pengguna dapat menikmati pengalaman permainan imersif dengan X80 series. 

Kelajuan gerak balas X80 Pro, bagi masa mula-henti, meningkat sebanyak 20 peratus manakala kelajuan gerak balas X80 pula meningkat 41.2 peratus dengan getaran lebih ketara bagi permainan mudah alih yang menyeronokkan.

Dua pembesar suara stereo bagi kedua-dua model ini diimbangi dengan bass yang bertenaga, mempertingkatkan kesan bunyi keseluruhan. Ini adalah kali pertama X series dimuatkan dengan dua pembesar suara.

Peranti X80 yang diperkasa MediaTek Dimensity 9000, menawarkan penyelesaian untuk menangani masalah hayat bateri yang pendek dan kadar bingkai yang tidak stabil disebabkan oleh penggunaan permainan yang tinggi — AI Gaming Super Resolution.

Ia mampu memampatkan resolusi permainan yang tinggi bagi mengurangkan beban kepada CPU dan GPU, kemudian memuat naik semula imej yang dikecilkan melalui AI Gaming Super Resolution. 

Berdasarkan rekod, fungsi permainan mudah alih yang pertama dalam industri ini diuji dan dapat menjimatkan penggunaan bateri sebanyak 10 peratus.

Rekaan kalis air yang estetik

Image

Rekaan segi empat sama dan bulatan menjadi elemen estetik yang membentuk lensa dan asas dalam konsep reka bentuk luaran X80 series bagi mengingatkan pengguna tentang keupayaan fotografi profesional siri ini.

Rekaan ini juga mengingatkan pengguna mengenai keupayaan fotografi profesional siri ini. Reka bentuk visual yang memaparkan lensa dalam motif bulatan menggamit pengguna untuk menyoroti dunia dengan kamera itu sekali gus menonjolkan keupayaan pengimejan profesional ZEISS.

X80 series hadir dalam dua warna iaitu Cosmic Black dan Urban Blue. Model X80 Pro hanya didatangkan dalam warna Cosmic Black, manakala model X80 pula mempunyai kedua-dua pilihan warna. 

X80 Pro diberi penarafan IP68 bagi ciri ketahanan air dan habuk menampilkan 3D Ultrasonic Large Fingerprint Sensor, dengan lingkungan pengesanan 11.1 kali lebih besar daripada sensor cap jari titik tunggal biasa. 

Ciri baharu ini membolehkan pengguna mendaftar cap jari mereka dengan hanya satu sentuhan dan membuka kunci telefon dalam masa 0.2 saat sahaja. Ciri ini juga menyokong pengesahan dua jari yang terjamin keselamatannya, memberikan pengalaman pengguna serta perlindungan yang jauh lebih baik.

Dapatkan sekarang!

vivo X80 Pro dijual pada harga RM4,999, manakala vivo X80 boleh didapati pada harga RM3,499. Siri baharu ini boleh didapati menerusi pra tempahan di e-kedai rasmi vivo Malaysia serta gedung rasmi utama vivo Malaysia di Shopee dan Lazada.

Pelanggan yang membuat pra tempahan bagi X80 Pro bermula 8 hingga 13 Mei layak membawa pulang pelbagai hadiah percuma bernilai sehingga RM1,555, termasuk Vertical Wireless Flash Charger vivo 50W, jaminan penukaran satu untuk satu dalam tempoh 100 hari, sarung telefon, dan waranti tambahan perlindungan bateri. 

Sementara itu, bagi pembeli X80 pula, pengguna berpeluang mendapatkan hadiah percuma bernilai sehingga RM1,465, termasuk vivo TWS 2e, jaminan penukaran satu untuk satu dalam tempoh 100 hari, sarung telefon, dan waranti tambahan perlindungan bateri.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.