Politics

Waspada pilih pakej korban luar negara

TANAH MERAH : Orang ramai disarankan supaya berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan pakej korban di luar negara yang banyak dipromosikan dalam laman sosial Facebook bagi mengelak ditipu daripada pihak yang tidak bertanggungjawab. 

Pengarah Urusan, FR Qaseh Sdn. Bhd, Mohd. Faizul Rohban Ahmad berkata, pakej yang murah menjadi daya penarik kepada orang ramai untuk menjalani ibadah korban di luar negara.

Menurutnya, difahamkan, pakej korban luar negara seperti di Syria, Lubnan dan Kemboja lebih murah antara RM350 berbanding di negara ini bermula RM700 untuk sebahagian lembu.

“Saya berpandangan, ibadah korban dalam negara perlu didahulukan kerana masih ada yang memerlukan. Lagipun agihannya diberikan terus kepada mereka yang berhak. 

“Semua itu terpulang kepada individu itu sendiri dan kefahamannya berkait ‘erti pengorbanan’ seperti yang dituntut dalam agama Islam,”katanya pada Majlis Korban Kasih 5.0 Bersama Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) di Masjid Ubudiah, Mukim Belimbing di sini hari ini. –UTUSAN ONLINE




Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.